Thursday 26 April 2012

Bersyukur dan bersederhana dalam kehidupan

Seterik-terik matahari, penyelesaiannya hanya satu tempat berteduh.

Sehaus-haus tekak waktu tengahari, penyelesaiannya hanya secawan air bersih.

Selapar-lapar perut, penyelesaiannya hanya sekeping roti .
Sebimbang-bimbang manusia sehingga tidak boleh tidur, penyelesaiannya hanya mencari ketenangan daripada Allah S.W.T

Sesakit manusia, kesakitannya akan dilupai apabila ia sihat semula.

Yang diperlukan hanya sentiasa mengingati Allah, berdoa padanya dan kesabaran, 
Sebimbang-bimbang manusia sehingga tidak boleh tidur, penyelesaiannya hanya mencari ketenangan daripada Allah S.W.T

Segala yang susah, selepas diharungi, akan terasa nikmat kelegaan, nikmat perasaan bahawa Allah S.W.T sentiasa di sisi.
"Sesungguhnya Kamilah yang mewarisi bumi dan segala makhluk yang ada di atasnya; dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan"

surah Al-Maryam (19:40) 

Alhamdulilah, Thank you Allah 




No comments:

Post a Comment