Thursday 26 April 2012

Motivasi diri sendiri...huhu


1. Mulakan hari dengan Alhamdulillah!
2. Dahulukan Allah, dalam setiap benda dan setiap ketika

3. Tenang, dalam semua situasi
4. Hindari rasa marah
5. Berkongsi kegembiraan, dan bersyukur kepada Allah untuk perkara itu.
6. Buat perkara baik.
7. Ambil masa untuk merenungi kehebatan ciptaan Allah SWT.
8. Ekspressi diri kita dalam cara yang betul dan baik
9. Ambil masa rehat sejenak, pergi bersukan dan habiskan masa bersama keluarga
10. Mendoakan supaya mendapat keberkatanNya
11. Peluk ibubapa / suami dan anak2
12. Senyum kepada semua orang selalu
13. Memaafkan, melupakan dan senyum
14. Tidak mencari populariti
15. Tidak memandang rendah kepada sesiapa
“Hati yang tenang dan bahagia adalah hati yang selalu mengingati ALLAH sama ada ketika senang mahupun susah. Tiada apa yang lebih penting bagi seseorang hamba yang selalu mendekatkan diri kepada TUHANnya selain redha, kasih dan ihsan daripada TUHANnya itu. Apa sahaja yang dilakukan pasti akan dikaitkan dengan Kekasih agungnya itu. Bukan keseronokan dan kesenangan dunia yang dicari sebaliknya kebahagiaan dan kesenangan di akhirat kelak.”
Sumber: http://akuislam.com/

Bersyukur dan bersederhana dalam kehidupan

Seterik-terik matahari, penyelesaiannya hanya satu tempat berteduh.

Sehaus-haus tekak waktu tengahari, penyelesaiannya hanya secawan air bersih.

Selapar-lapar perut, penyelesaiannya hanya sekeping roti .
Sebimbang-bimbang manusia sehingga tidak boleh tidur, penyelesaiannya hanya mencari ketenangan daripada Allah S.W.T

Sesakit manusia, kesakitannya akan dilupai apabila ia sihat semula.

Yang diperlukan hanya sentiasa mengingati Allah, berdoa padanya dan kesabaran, 
Sebimbang-bimbang manusia sehingga tidak boleh tidur, penyelesaiannya hanya mencari ketenangan daripada Allah S.W.T

Segala yang susah, selepas diharungi, akan terasa nikmat kelegaan, nikmat perasaan bahawa Allah S.W.T sentiasa di sisi.
"Sesungguhnya Kamilah yang mewarisi bumi dan segala makhluk yang ada di atasnya; dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan"

surah Al-Maryam (19:40) 

Alhamdulilah, Thank you Allah 




Wednesday 25 April 2012

Mengapa hati menjadi keras...

"Janganlah memperbanyakkan percakapan selain untuk berzikir kepada S.W.T, maka sesungguhnya banyak bercakap selain berzikir kepada Allah S.W.T itu adalah memyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh jauh manusia daripada Allah S.W.T ialah mereka yang berhati keras"
Hadis riwayat At Tarmizi.

Rasa nak menitis airmata bila dengar ceramah dari Ustaz Don ini, memang betul adakah selama ini kita menilai percakapan kita sehari2, adakah bermanafaat pada yang mendengar dan adakah dalam percakapan kita itu, ada mengigati Allah S.W.T.

Manusia yang berhati keras, mereka akan jauh dari Allah S.W.T...., bagaimana kita nak mendapat rahmatnya dan doa seharian kita dimakbulkan oleh Allah S.W.T bila kita letakkan diri kita sendiri jauh darinya. 

Alhamdulillah, selepas mendengar tazkirah ini, rasa x sabar nak berubah ke arah yang lebih baik, ingin dekat dengan Allah selalu.

Insyaallah..






Friday 20 April 2012

Iktiar ibu bapa untuk anak semasa menghadapi peperiksaan

As salam...

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa peranan ibu bapa amat penting ketika anak-anak akan berdepan dengan suasana peperiksaan. Mungkin perkara ini dianggap remeh oleh segelintir ibu bapa. Namun, bagi mereka yang amat mengambilberat dan amat memahami situasi anak2 yang berpenat lelah berusaha mengulangkaji pelajaran. Iktiar dari ibubapa amat perlu agar anak2 dipermudahkan untuk menghadapi situasi ini.

Jom ibubapa, kita lakukan untuk anak2 kita yang sedang menghadapi peperiksaan, sebagai pendorong kepada mereka. Niatkan di dalam hati supaya Allah S.W.T mempermudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan tenang dan mudah.

gambar hiasan ajeee


1. Ambil Wudhu'
2. Menghadap Kiblat
3. Baca Syahdah 3 Kali
4. Al- Fatihah 1 Kali
5. 3 Qul 1 Kali
6. Surah Insyirah 1 Kali
7. Selawat atas Nabi 10 Kali
8. Baca Surah Yaasin 1 Kali


Untuk 2012 ini anak2 SC, abang PMR dan kakak UPSR insyaallah ibu n abah akan membantu seberapa daya yang boleh....semoga Allah S.W.T mempermudahkannya...aminnn

Thursday 19 April 2012

Bismillah 4, Petua untuk anak yang liat kesekolah


Anak yang liat ke sekolah...nampaknya jatuh pada anak SC yang ke3 Waldan Danial, sebenarnya dia ni bukanlah liat sangat taapi...aaaahhhh!!! hehe . Proses untuk menyiapkan diri ke sekolah mengambil masa yang panjang, yang x tahan bila dia mengeram lama2 dalam bilik air..

Nmpaknya sesuai sangat lah petua ni untuk SC amalkan, sebenarnya apa2 saja doa untuk kebaikan dari seorang ibu untuk anaknya. Insyaallah...TQVM excelqhalif, banyak info yang berguna untuk kita amalkan dalam mendidik anak2.

Wednesday 18 April 2012

Pelembut Hati

 
Maksudnya:
  1. Taa. Haa.
  2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
  3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
  4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
  5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.
Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.
 
 
Bacaan Untuk Anak/Suami Yang Degil Yang Tak Mahu Solat

Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak /suami sedang tidur nyenyak. InsyaAllah...

Sunday 15 April 2012

Solat yang kusyuk


As salam...

Masih lagi nak menulis mengenai solat, satu tugasan yang mudah bagi mereka yang tidak meringankannya tetapi begitu sukar bagi mereka yang memberatkannya. Apakah kita tahu bahawa solat yang kita lakukan seharian itu adakah mencapai tahap solat yang seharusnya. iaitu penuh kusyuk dan tawadduk. Subhanallah, masih teringat zaman muda dulu...bagaimana dengan solatku??? sehingga kini masih belum tercatat keputusannya.. adakah gred A, B, C ataupun D. Mungkin juga perkara yang membatalkan solat berlaku tanpa SC sedari, namun diteruskan juga....maka haram jadinya sedangkan hukum solat itu adalah wajib....huhu

Bagaimana hendak mendapat solat yang kusyuk???? kalau mengikut nasihat ustaz, cuba fahami maksud untuk setiap bacaan di dalam solat, baca dimulut kemudian diertikan di dalam hati. Dulu ada seorang kawan, katanya bila bersolat..setiap bacaan solatnya akan dibaca dengan pantas, alasannya dia tak mahu fikirannya melayang layang. hmmm betul juga..kekadang SC tak nafikan, lebih2 lagi kaum wanita..hehe, lepas solat ni nak buat kuih!!! bahan apa yang ada, bahan apa yang nak kena beli...kuih tu nanti warna kuning ke, hijau ke..atau x ada warna..ekeke
Tetapi.... adakalanya kita melihat orang solat sebegini, bagaikan ayam makan padi, belum sempat menempel di tempat sujud, telah bangkit kembali dan tergopoh gapah. Adakah mereka itu khusyuk....??? Wallahualam...

SC pernah tengoh siaran rakaman dan kekadang siaran lansung solat Jumaat/Hari Raya dari Masjidil Haram, Mekah. Oh! bacaannya biasa saje akan tetapi untuk bacaan doanya, diiringi dengan tangisan sang imam, memohon dan amat mengharap dari yang maha berkuasa agar setiap doanya dimakbulkan. Kalau dah imam Masjidil Haram, pasti yang terpilih dan yang terbaikkan.

Pernah suatu ketika dahulu terdapat dalam sebuah majalah di Indonesia, ditulis oleh Ulama terkenal Indonesia, Prof. Hamka...seorang hamba allah bertanya kepada beliau, bagaimana untuk mendapatkan solat yang khusyuk, jawapannya " AKU SENDIRI SEDANG MENCARI KAEDAH UNTUK MENCAPAI SOLAT YANG KUSYUK" . Namun ulama2 terdahulu ada menurunkan petua berdasarkan Al-Quran, surah Al-Qiamat.

Ayat 16: "Jangan tergesa-gesa mengkumat-kamitkan bibirmu lantaran ingin cepat menguasai bacaannya"

Ayat 17: "Kami akan simpan dalam ingatanmu, dan kami akan tetapkan bacaannya dari mulutmu"

Ay at 18: "Setelah selesai kami bacakan, barulah kami membacanya"

Berdasarkan ayat2 di atas, kesimpulan untuk mendapatkan solat yang kusyuk..

1. YAKIN - 100% bahawa Allah tidak jauh dari urat lehermu
2. SABAR - Mengerjakan solat dengan tidak tergopoh gapah
3. REDHA - Mengerjakan solat dengan penuh penyerahan kepada Allah
4. IKLAS - Mengerjakan solat dengan penuh kesedaran tanpa paksaan
5. IMAN - Segala ketentuan iaitu qada dan qadar datang dari Allah SWT
6. ILMU - Memahami tujuan solat dan rukun solat mengikut urutan
7. AKAL - Berakal dan tidak mabuk

CARA MEMATIKAN DIRI SEBELUM MATI
Sewaktu berdiri tegak untuk mengerjakan solat, niatlah dihati bahawa solat ini adalah yang terakhir. Kita tidak akan berpeluang mendirikan solat lagi selepas ini dan tidak berpeluang menebus dosa atau kesilapan yang telah kita lakukan sebelum ini. Ini lah cara yang paling baik untuk mematikan diri didalam solat yang kusyuk.

CARA MEMBUTAKAN MATA SEBELUM BUTA
Pertama, kedua biji mata hendaklah dipejamkan. Pandanglah ke atas, kemudian kedua kelopak mata setengah tertutup. Satukan pandangan ke tengah2 batang hidunh.  (Adoyai...terjuling2 mata, masa praktis...hehe)

CARA MEMEKAKKAN TELINGA
Sewaktu membaca ayat atau surah, hendaklah hati dulu yang membacanya, seolah2 mulut mengikut hati membacanya. Pendengaran zahir jangan dihiraukan tetapi pendengaran batin seperti suara hati yang membacanya.

CARA WALA'ALIMUN.
Cara yang paling mudah iaitu dengan cara menyedari hakikat diri kita seorang hamba yang dhaif dan tidak mempunyai ilmu yang dapat mengatasi kudrat Allah SWT.

Alhamdulillah rasanya, apa yang nak diluahkan tercapai, marilah bersama kita berkongsi2  maklumat dan yang penting kita manafaatkan . Insyaallah akan lakukan perkara yang lebih baik dari semalam atau dari yang terdahulu. Hidup ini pelbagai cabaran, x setiap masa kita tersenyum dan x selama-lamanya kita berduka.



Friday 13 April 2012

Lembaran Hidup Wanita Solehah

Mampukah aku menjadi seperti Khadijah
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah kudidik jiwa seperti Aishah
Isteri rasulullah yang bijaksana
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keiklasan yang sentiasa bersarang..

Mengalir air mataku
melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga...

Ketika aku marah
Ingin kuintipkan serpihan sabar
Dari catatan Siti Sarah

Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...

(petikan: Hadiah buat muslimah)

15 belas seksa meninggalkan solat




*Jom muhasabah diri..
*Jom bersolat n pastikan kita memperelokkan solat kita..
*Jom qada solat2 yang kita telah abaikan selama ini, sementara masih bernyawa dan         sementara pintu taubat masih terbuka...

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Barangsiapa yang memudahkan dan mensia-sia akan sembahyang lima waktu, nescaya akan diseksa oleh Allah SWT dengan lima belas siksa. Enam didalam dunia, tiga ketika hendak mati, tiga didalam kubur, dan tiga lagi semasa waktu bangun dari kubur menuju akhirat”


1. Enam siksaan semasa di dunia
  • Umur tidak diberkati, hidup panjang tetapi kosong dari amalan kebajikan
  • Rezeki tidak diberkati
  • Tipadamkan tanda mukanya dari orang-orang yang soleh
  • Tiada mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh
  • Tiap-tiap amalannya tidak diterima oleh Allah
  • Tidak diangkat doanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah
2. Tiga siksaan semasa hendak mati
  • Mati dalam keadaan sangat hina, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah
  • Dimatikan oleh Allah dalam keadaan dahaga, walaupun diberi minum dengan air laut, ia tidak dapat menghilangkan dahaganya
  • Mati dalam keadaan yang sangat lapar
3. Tiga siksaan semasa di dalam kubur
  • Allah menyempitkan kuburnya sehingga berlaga tulang rusuk kanan dengan tulang rusuk kiri
  • dibukakan salah satu pintu neraka di dalam kuburnya
  • Allah mewakilkan seorang malaikat untuk menyiksanya sehingga hari kiamat bersama seekor ular yang bernama Suju’al Akruk yang matanya dari neraka, kukunya dari besi neraka, dan panjang kukunya sehari perjalanan, dan suaranya seperti petir
4. Semasa hari kiamat
  • Turun seorang malaikat dari langit iaitu malaikat azab dengan rantai dari api neraka yang panjang tujuh puluh hasta dengan menusukkan rantai tersebut kedalam mulutnya hingga keluar rantai itu melalui duburnya dan menghela sekali dibahagian muka dan belakangnya
Sesungguhnya aku takut dengan seksaan mu ya allah. Lindungilah aku, suamiku, kedua2 ibu bapaku, ibu mertuaku, anak-anakku, saudara-maraku dan seluruh umat islam di dunia ini.
Aminnnn............


Tuesday 10 April 2012

Mahir Menguasai Blog

Blog SC biasa2 saja, mula berblog sejak November 2011, banyak lagi nak belajar niii. Bulan lepas ada beli buku secara online untuk hadiah hari lahir dara suntiku, selepas bayaran di buat baru perasan sebuah buku, Ohh berminat sangat. "Mahir Menguasai Blog" by Synergi media. hmmm nak order online sekali lagi untuk sebuah buku, rasa macam x berbaloi jeee. Semangat berkobar kobar betul nak bagi bawawawawa.blogspot ni cantik2, menarik...leh tag sana sini..hmm ada lagu lagi. 


Ilmu jika nak cari ada macam2 carakan, Sebenarnya ada juga cadang nak pergi kursus pembangunan WEB, kursus E-Dagang lahh, dalam e-mail ada jemputan untuk acara2 berbayar ni tetapi masalah sebesar gunungnya..susah betul nak lpas kan si comel Wafi kat sedara mara bila hari cuti, dia ni ada fesyen suka melalak lama2 kalau dengan mereka yang dia x biasa sangat. Penting juga selain itu, alasan lagi..haha, SC ni lembab sikit bab IT ni, rasa klu dengar apa orang ajarkan, macam kabus jadinya, panas sikit..pelan2 hilang segalanya. So penyelesain paling halus dan cermat ekeke!!! Taa daaaa SC dah beli buku ni, harganya??? x ada pulak kat belakang, beli dekat Pustaka Rakyat Ampang, ada diskaun tuu 10% untuk member card.. bagi RM50 kat cashier dan baki x pandang punn, teruss masuk dalam purse.. (sorie x dapat share harga..huhu)
semalam sebelum tido dah belek2...suka..suka

Alhamdulillah... untuk saat ini SC dah lakukan beberapa perkara, akan belajar dan terus belajar berpandukan buku ini... rasa bangga sangat!! Taniah untuk diri sendiri.. (mood : poyosss)





Thursday 5 April 2012

Hubungan jarak jauh

As salam,

Dah hampir 15 bulan hubungan jarak jauh kami suami isteri, aq di Kuala Lumpur bersama 3 orang anak dan suami tersayang di utara bersama 2 orang anak. Lamakan.. hubungan jarak jauh ni. Berjumpa bila cuti sekolah atau cuti perayaan yang panjang. Sebenarnya ramai yang pelik dengan keputusan kami, keluarga di sana, keluarga di sini dan kawan2 juga, agaknya banyak persoalan di minda mereka...tp aq n suami ada sebab sendiri yang kami rasakan x perlu untuk diberitahu pada umum, ...huhu. namun di hati aq sentiasa berdoa semoga hubungan seperti ini x berpanjangan sangat, semoga dipermudahkan urusan2 kami suami isteri. Alhamdulillah ...bayang2 untuk aq kesana dah ada, hati dah terbuka...redha dengan apa yang akan berlaku. Semakin yakin dengan rezeki allah dan takdir ilahi. hmmmmm tp surat berhenti kerja belum buat lagi..ngehngeh tungguuuuuuuuuuuu....

Firman allah :-

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." 
[Surah At-Talaq, ayat 2 - 3.]

shm photo
Anak2 tersayang di Hari Raya Aidilfitri 2011












Tuesday 3 April 2012

Abang Aaron.. Abang Mus



As salam....
Muahhh..hero pujaan Malaya n hero pujaan ku..ehemmm,  Aaron Aziz telah dipersendakan!! Namun telah disahkan oleh isteri Aaron sendiri yg pengenalan diatas adalah palsu...menurutnya nama sebenar Aaron ialah Aaron Mustapha bin Aziz .


Tak baik sungguh si blogger ni, mempersendakan nama orang, zaman la ni macam2 orang boleh buat cuma ibu dan bapa jee, yang sampai la ni saintis sedunia x boleh pikir macamana nak buat (cipta la tu). Kalau nak popular pun cari lahh isu lain, ini fitnah namanya walaupun perkara kecil. Tapi x apalah, benda dah berlaku...mungkin mereka yang lakukan ini hanya nak bergurau senda, iye X????  leh pangil  abang Mus pas ni.....huhu