Thursday 15 December 2011

Cerita penggal baru

Disember dah nak ke penghujung,  penggal baru persekolahan pun dah x lama lagi. Anak2 dah teruja dengan pakaian dan alatan baru. Aaarghhh masak la ibu n abah, tahun depan 4 orang anak kami akan bersekolah.
Anak2
Percaya x, anak2 ni lebih suka meminta pada ibu apa barang yg mereka inginkan, kalau dengan abah mulut tu bagaikan dikunci rapat...... tp klu dgn ibu potpetpotpet nak ni nak tu, nak besar nak kecik, nak hijau nak merah...  seluar dalam pun nak baru!! perghhhhh!!!
Ibu
Bang bulan ni bagi lebih ya, nak buka sekolah dahhhh!!                                                          (bagi ibu kegembiraan anak2 adalah kegembiraan dirinya jua)
Abah
Nak beli apa lagi, jangan membazir..beli ikut keperluan jeee, bukit kalau ditarah hari2 pun jadi rata...
 
Seterusnya... OFF RECORD!!! hehe

Wednesday 14 December 2011

Oh mata ikan..

Tajuk kat atas, jangan pulak terbayang kari kepala ikan yg enak dimakan dengan mata2 nya sekali. Haha slurppppp!! sedut, jangan x sedut mata ikan tu...


Ini kisahnya, dah beberapa hari aq menanggung sakit dek mata ikan atau ulcer yang timbul di dalam mulut ni. Orang kata kurang minum air, badan panas!! Mungkin gak..minum air banyak pun si Wafi menyedut susu badanku kawkaw.. tahulah dia la ni dah 7 bulan, memanjang kebulur jeee...hehe


Petua kawanku, katanya letak garam pada mata ikan tu dan gosokkan. Aarghhhh dah buat, bukanya baik malah bertambah besar garispusat mata ikan tu~huhu.. x sanggup aq dahh, jalan lain.. belasah jee makanan yg pedas2, konon nak lawan sakit tu tp masa makan tu tercunggap2 gak la menahan pedihhh :(
Tapi sekarang ni, aq dah dapat info..ceh2 tengok gambar ni..Oral Aid, beli kat Watson atau mana2 farmasi, Rm8 harganya. Titiskan pada mata ikan dan kita akan rasa kebas2. Insyaallah dalam 2 - 3 hari.. sembuh lah.
Haha petua2 yg kat atas tu boleh guna jugak tapi LU PIKIR LA SENDIRI!!


Selamat Tinggal mata ikan~huhu

Monday 12 December 2011

WUDUK hakikatnya....

Bila anak terunaku berwuduk, aq tenung wajahnya, dia menjeling..aq tersenyum hehe Semoga wuduk anak terunaku menepati fardu yg telah ditetapkan kerana...


Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya." (Hadis Riwayat Muslim(361))



Dan aq terus mengoogle lg...huhu


Dalil Al Quran:
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali ... “ - (Surah Al-Maa’idah: 6)


Fardu/Rukun wuduk ada enam: (Menurut Mazhab Shafie)

1 Niat
2 Membasuh muka
3 Membasuh kedua tangan hingga ke siku
4 Menyapu sebahagian kepala atau sebahagian rambut di dalam hadnya
5 Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali
6 Tertib

Sesunggguh setiap ibadah kita itu begitu banyak hikmahnya iaitu,


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". kerana.... Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". kerana....
Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini". kerana....
Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". kerana....
Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". kerana....
Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" kerana ........
Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". kerana........
Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"



Alhamdulillah, rasa puas bila dapat kumpulkan info yg ringan ini, semoga menjadi renungan kita bersama...


Ada orang tahu, dan dia tahu bahwa ia tahu, Ada orang tahu, dan dia tidak tahu bahwa ia tahu,  Ada orang tidak tahu, dan dia tahu bahwa ia tidak tahu, Ada orang tidak tahu, dan tidak tahu bahwa ia tidak tahu..

Friday 9 December 2011

doa taubat



Sayunya hati bila dengar lagu ni....Ya allah ampuni dosaku, ampunilah dosa kedua-dua ibubapaku, ampunilah dosa suamiku dan ampunilah dosa anak-anakku..sesungguhnya engkau maha pengampun dan pengasih.....aminnnn


Wahai Tuhan ku Tak Layak Ke Syurga Mu
Namun Tak Pula aku Sanggup Ke Neraka Mu


Ampunkan Dosa ku Terimalah Taubat Ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Dosa-dosa Besar


Ilaahi lastu lilfirdausi ahlan
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi


Dosa-dosaku Bagaikan Pepasir Di Pantai
Dengan Rahmat Mu Ampunkan Daku Oh Tuhan
Ku Wahai Tuhan Selamatkan Kami Ini
Dari Segala Kejahatan dan Kecelakaan


Kami Takut Kami Harap Kepada Mu
Suburkanlah Cinta Kami Kepada Mu


Akulah Hamba Yang Mengharap Belas Dari Mu