Monday 28 May 2012

Jika terlupa membaca Bismillahirahmanirrahim sebelum makan..

Pernah terlupa baca Basmalah sebelum makan..hihi pasti Qarin syaitan yang mendamping manusia akan gemuk2 belaka... kalau kita terlupa bacaan nya adalah...
إذا أكل أحدكم فليذكر اسم الله فأن نسى أن يذكر أسم الله في أوله فليقل : بسم الله أوله وآخره

Maksudnya : “Sekiranya kamu ingin makan maka sebutlah nama Allah (ucapan Basmalah).Apabila terlupa untuk menyebut nama Allah pada awalnya (sebelum memulakan makan) maka bacalah : Bismillahi awwaluhu wa akhiruh.”

Dia Lebih Tahu

Dia Lebih Tahu | iluvislam.com discover the beauty of islam
Untuk misi berpindah dan menetap di Kedah.

Mengapa wajib gunakan tangan kanan sewaktu makan

Ibn Umar meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu makan dengan tangan kanan, dan apabila hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri.” (Sahih Muslim)


Sudah menjadi kebiasaan masyarakat timur untuk mendahulukan apa jua perbuatan dengan tangan kanan, baik bersalam, makan, menunjuk dan sebagainya jadi apabila kita mendengar hadis diatas bukanlah ia menjadi sesuatu yang janggal. Akan tetapi rata-rata masyarakat moden dizaman ini mula makan dengan tangan kiri, baik di majlis-majlis rasmi hinggalah ke makan di tempat-tempat ternama seperti di hotel-hotel besar.

Akan tetapi Nabi berpesan agar makan menggunakan tangan kanan dan sesiapa yang makan menggunakan tangan kiri, mereka mengikut amalan syaitan. Melihat tamadun barat yang menyuap makanan dengan tangan kiri malah itu juga diikuti oleh golongan elit bangsa kita di majlis-majlis “high level”, pasti ada hikmah mengapa Nabi melarang berbuat demikian.

Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfere kiri dan kanan, bahagian kiri badan dikawal oleh bahagian kanan otak dan sebaliknya. Kajian sains mengenai aktiviti otak menunjukkan, secara amnya lebih banyak aktiviti dibahagian kiri otak ketika seseorang itu sedang berada dalam keadaan yg positif contohnya mesra, riang gembira dan sebagainya. Sifat-sifat negatif seperti menyendiri lebih aktif diotak sebelah kanan.

Mengapa apabila kita dilanda masaalah, meluahkan perasaan ataupun bercakap samada kepada diri sendiri ataupun kepada manusia lain serba sedikit dapat mengurangkan tekanan didalam diri kita? Ini berkemungkinan disebabkan otak kiri terlibat lebih aktif dalam bahasa pertuturan, aktiviti berkomunikasi dengan tidak secara langsung membuat bahagian kiri otak aktif lantas menimbulkan perasaan positif dan mengurangkan tekanan perasaan.

Jadi jika kita kaitkan dengan aktiviti makan menggunakan tangan kanan yang mana akan mengaktifkan bahagian kiri otak, bukankah ia akan menimbulkan perasaan positif? Lebih positif semasa kita menjamu selera, lebih mudah makanan dihadamkan dan makin sihatlah tubuh badan.

Makan dengan tangan kiri mengaktifkan otak kanan yg dikaitkan dgn sifat-sifat negatif, sebab itulah makan dengan tangan kiri meniru syaitan kerana sifat syaitan itu sendiri yang penuh dengan dengki dan sombong. Lebih bahaya lagi apabila perbuatan makan dengan tangan kiri itu juga akan membuatkan manusia lebih mementingkan diri sendiri dan tidak peduli lagi pada insan-insan lain terutamanya dalam hal makan tersebut.

Masih ingat lagi ketika mula memasuki bidang perkhidmatan VIP, kami rakan-rakan sekerja diarahkan untuk menghadiri kursus etika pakaian dan pemakanan. Kami diajar cara berpakaian yang “betul” termasuklah cara menggunakan segala jenis sudu garpu pisau, etika pemakanan barat sebagai persiapan untuk meghadiri majlis-majlis rasmi, ini termasuklah dengan menyuap makanan dengan tangan kiri.

Persoalannya adalah, jika etika makan ala barat di praktikkan oleh golongan elit masyarakat kita yang rata-ratanya adalah pemimpin, maka lebih kerap otak kanan diaktifkan ketika makan yg mana ianya boleh dikaitkan dgn sikap negatif, menyendiri dan pentingkan diri sendiri, mungkinkah itu penjelasan mengapa pemimpin-pemimpin kita rata-ratanya membuat keputusan lebih untuk kepentingan diri, kroni berbanding masyarakat? Mungkinkah ini penjelasan mengapa manusia yang kaya makin bertambah kaya, berniaga dan mengambil untung berganda-ganda tanpa mengira kesan terhadap masyarakat dan persekitaran?

Apa yang saya kemukakan ini hanyalah hipotesis saya sahaja dari pembacaan, tepuk dada dan guna frontal lobe anda untuk berfikir sedalam-dalamnya. Tiada perintah Allah dan anjuran Nabi yang tiada kebaikan untuk umat manusia, hanya mereka yang melihat dengan mata hati keimanan sahaja yang dapat memahami.



Sumber: http://syurgadidunia.blogspot.com/

Thursday 24 May 2012

Malaikat Zabaniah

"Kami pula akan memanggil malaikat Zabaaniyah (untuk menyeksanya)"

Zabaniyah (Arab: الزبانية) adalah nama malaikat-malaikat yang bertugas menyiksa orang-orang di neraka dalam ajaran agama Islam. Ia digambarkan dengan sosok yang sangat garang dan sadis, tidak mengenal ampun terhadap orang yang telah masuk kedalam perut neraka. Zabaniah berjumlah 19 malaikat sebagaimana jumlah huruf Basmalah dan Zabaniyah dipimpin oleh Malaikat Malik. 

Gambaran malaikat zabaniah...

Penglihatan para malaikat itu bagaikan kilat yang menyambar, gigi mereka bagaikan tanduk kerbau, sedangkan bibir-bibir mereka menjulur sampai ketelapak kaki, semburan api keluar dari mulut-mulut mereka, dan jarak antara kedua bahunya adalah sekitar perjalanan satu tahun. Dikatakan pula bahwa, Allah tidak menjadikan dalam hati mereka rasa belas kasihan dan lemah lembut sebesar semut kecilpun, maknanya x ada rasa belas ikhsan lansung pada mereka yang merayu2. Salah seorang dari mereka ada yang menyelam dalam lautan api neraka selama 70 tahun tetapi api neraka itu tidak membahayakan atas dirinya, kerana sesungguhnya cahaya itu dapat mengalahkan api neraka.

Peringatan untuk kita supaya mengelak daripada bertemu malaikat zabaniah ini di akhirat kelak... amalkan membaca Bismillahirrahmanirrahim untuk setiap pekerjaan yang hendak dilakukan..hmmm kecuali masuk tandas K!!

Rasulullah Saw bersabda: Siapa yang ingin supaya Allah selamatkan dia dari penanganan Malaikat Zabaniyah yang berjumlah 19 orang (Malaikat penjaga Neraka), maka hendaklah membaca Bismillahirrahmanirrahim, nescaya Allah buatkan untuknya, dari setiap satu huruf itu sebuah Syurga.

Biarlah kita menangis didunia ini kerana keinsafan atas kesilapan yang telah kita lakukan daripada kita menangis didepan malaikat zabaniah nanti (dah x ada gunanya lagi..huhu)
Semoga kita dapat mengelak dari brjumpa malaikat Zabaniah dan Malik..walaupun mereka malaikat Allah yang taat dan wajib kita sayangi ......tetapi, sayang dari jauh sudahlah..baik kita niatkan dihati dengan matlamat untuk berjumpa malaikat Rizduan ..

QARIN, pendamping setiap manusia

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’ manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.



Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Firman Allah:
“Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)

Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)

Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata:
“Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda s.a.w: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim)

Di dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.”(Hadith Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.


Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu.

Sumber: http://www.syahirul.com/

Wednesday 9 May 2012

Putera Bongsuku..Wafi Aiman

Lagi beberapa hari saje, putera bongsu SC Wafi Aiman dah cukup setahun - 10 May. Alhamdulilah membesar dengan sihat. TQ to Allah, mengurniakannya kepada SC, walau begitu banyak cabaran yang terpaksa SC hadapi saat dia dalam kandungan dan sewaktu usia bayi nya......
Membesar tanpa abah, kakak dan abang chik...Kesian kat Wafi dan kami juga~huhu

usia sehari 3.04kg, masa ni belum ada nama lagi...menanti abah, kakak n abang chik dari Kedah

hmmm...ngantuk sangat ibu....hehe

masa ni terlantar kat wad Pusrawi Kuala Lumpur, pneumonia 3.5 bulan...huhu

taaa daaa....kat rumah mak ngah, open house hari raya, caya raya 1 hari kat sini.

muahhhhh...ateh n mak ngah cayang tp wafi muka masam~haha

kat rumah mak ngah lagi... mak ngah sayang wafi, suh wafi makan cekelat  bebanyak~nnti wafi x da gigi camna nak gigit2 mak ngah~hihi

kakak wardina busyuk~rindu kat kakak...

bzzzzz...... wa senggggggat nanti!!!!

saya nakal sikit je ibu~huhu
hehe...caya boy la ibu, kena lasak2 

nampak harta karun kot!!!

3rd time botak, ibu kata rambut caya kasar~salah ke rambut kasar~huhu
rasa nak terbang tp meniarap dulu :D


masa ni nak manja2 kat dada ibu, sayang ibu...

tembam
abang Wadi Amir tersayang
tido time, bantal sume out~huhu
dapat hadiah dari ateh, tqvm ateh, cayang ateh..



start step to walk n ride, training time

caya nak adik tapi ibu kata x boleh..haippppp

burrrrrrrr

sape yang kejam ni, saya tido time ni...

comel kan, si botak

Zzzzz, 2 jari tu x leh lepas, cedap cangat~hehe

buekkkk

kononnya..membawa diri :))
 Haha....lagak dan aksinya yang semakin membesar, syukur alhamdulillah...semoga jadi anak yang soleh wahai Wafi Aiman... I love my family!!!!!!!!!!!