Friday 30 March 2012

Gigi Oh Gigi


As salam...
Lihat photo di atas yang berbeza raut wajah, Wafi Aiman yang ceria dan wajah x ada rezeki.. hehehe Wadi Amir.
Senyuman Wafi Aiman - Sebenarya dah 2 -3 malam aq merana dek rengekan Wafi yang kurang sihat, dia mengalami demam dan sindrom nak tumbuh GIGI..huhu tengok air liur meleleh leleh yang berjela-jela sungguh. Ibarat kita yang dewasa, semasa nak tumbuh gigi bongsu..gusi nak merekah. sakitnya!!! rasa kalau ada makhluk yang membebel x henggat, mau satu penampar selipar Jepun dapat. Alhamdulillah..untuk hari ni, dia dah semakin ok, bebayang gigi putih dah kelihatan di gusi sebelah atas. Muahhhhh selamat membesar anak ibu, WAFI AIMAN...

Monyok Wadi Amir - Dah hampir 2 minggu, dua batang gigi Amir kat bawah goyang, risaunya aq..ialahhh mitos orang2 tua, takut berlapis gigi nanti....x cantikkk tp rasanya sweet jee sape yang gigi berlapis ni :)
Pesan kat Amir, selalu goyang2 kan supaya gigi tu mudah tercabut tp hingga hari ni, macam tuu jeee...rasa macam x boleh tunggu lagi, aq pun "Jom pergi Klinik gigi" dek kerana takut ibu kata nanti gigi HANTU akan tumbuh kat belakang gigi longgarnya itu, akhirnya  Amir bagai x ada pilahan lagi, katanya ""Ok laa, tapi ibu cakap kat doktor, suruh doktor letakkan ubat bagi gigi Amir ni kuat balik, Amir x nak cabut gigi"" aq, hehe Orite jeeee.......
Di klinik.... Amir asyik dok tolak2 aq, beritahu doktor seperti yang dia suruh...huhu senyum simpul doktor. "'Gigi amir dah x ada akar, goyang sangat..cabut x sakit pun"" menitis airmatanya saat baring di kerusi rawatan, ibarat tawanan yang sedang di jatuhkan hukuman .haha... tu la pasal wajahnya adalah seperti di atas.

Info:-
Gigi susu pertama biasanya akan tumbuh apabila umur kanak-kanak berusia sekitar 6 bulan dan biasanya apabila kanak-kanak berusia 2 1/2 hingga 3 tahun, semua gigi susunya telah tumbuh. Ada kanak-kanak yang giginya lambat tumbuh dan ada pula yang cepat tumbuh. Jadi jangan risau jika gigi anak anda tidak tumbuh pada waktunya. Biasanya gigi kacip akan tumbuh dahulu, di ikuti dengan gigi geraham pertama, kemudian gigi taring dan gigi geraham kedua. Gigi bawah akan tumbuh dulu diikuti dengan gigi atas mengikut turutan tetapi ada juga yang sebaliknya gigi atas tumbuh dulu.