Monday 25 June 2012

Syarat-syarat perjanjian sewa rumah

Setelah sekian lama tinggal di rumah sendiri, kini tiba masanya untuk berpindah. Jadi rumah ini wajib di sewakan...huhu. Alhamdulillah rumah saya terletak di kawasan Ampang yang memang berdekatan dengan Bandaraya Kuala Lumpur. Kawasan hot!!!, pantang ada kosong bertalu2 orang yang datang bertanya walaupun hanya rumah pangsa. Pertama kali nak sewakan rumah pada orang lain ni, mesti minta nasihat pada kak long yg berpengalamam sebabbb dia bnyak rumah sewa..haha , menurut beliau surat perjanjian mesti dibuat, klu cakap jeee boleh lupa, bila jadi apa2 hal penyewa n pemilik bertelagah lah pulak... Jgn gaduh2 kannn...

Syarat2 Perjanjian harus tepat katanya.
1. Nilai sewaan berapa sebulan sewanya lah tuu...
2. Wang pendahuluan wajib katanya 2 + 1 + deposit api n air RM200
3. Pembayaran sewa biasanya awal bulan laaa beb ....huhu
4. Kerosakan "perlu dinyatakan, kerosakan yang tidak sengaja adalah ditanggung oleh pemilik   rumah.. klu penyewa begaduh laki bini sampai pecah paip..haha, biaq depalah p repair....
5. Berpindah ..penyewa kena maklumkan pada pemilik 2 bulan sebelum tarikh berpindah n jangan bagi sewa kat sedara mara depa tanpa pengetahuan pemilik, coz penyewa baru, perjanjian pun baru daaaaa
6. Kegagalan membayar sewa..klu 2 bulan pun masih x bayar..so pepaham sndiri lahhh OUTTTTT. tp kejamnya kan..semoga x berlaku lah macam ni...
7. Pemulangan Wang Pendahuluan...haa yang ni kena jelas 2 bulan sewa tu x payah bayar bila penyewa nak keluar, kerana dah bayar depositkan 2 bulan masa masuk (syarat yang - 2)..yang RM200 tu pulak digunakan untuk membayar tunggakan bil2 api n air atau gantirugi kerosakan, klu lebih baruuuu lahhh dipulangkan kembali kepada penyewa.
8. Pembersihan kawasan klu dah sewa rumah tu, buatlah macam rumah sendiri ...mestilah bersih tetapi klu penyewa yang jenis kotor tu nak wat camna erk!!! so kena pilih2 lah skit orang yang nak menyewa ni..
9. Menduduki semula Rumah... klu tuan rumah nak dok rumah tu balik pun kenalah kasi notis 2 bulankan, jangan lah ingat mentang2 rumah sendiri boleh suka2 hati jeee arah2 orang keluar, berbincang cari penyelesaian...

Akhirnya jangan lupa letak nama penuh, alamat surat menyurat, no. kad pengenalan, tarikh tandatangan dan yang paling penting tandatangan tu kena lengkap di tandatangani oleh penyewa dan pemilik rumah tersebut.
dapur
ruang kering, hmmmm kecil sahaja


rumah flat sahaja, tapi bila terletak di kawasan hot, memang berbaloi

Wednesday 20 June 2012

Al-Quran Al-Karim Adalah Mukjizat


Al-quran itu tidak diturunkan semata-mata untuk dibaca. Tetapi lebih dari itu. Sama-sama kita muhasabah, sejauh mana hidupnya al-Quran dalam kehidupan kita. Bukan kata nak sampaikan isi al-Quran kepada orang lain, untuk istiqamah membacanya pun terlalu berat tetapi apabila kita berterusan membacanya, insyaallah hati akan merindui untuk untuk menatap al-quran jika ada kekangan masa. Bagi mereka yang masih lagi kurang ilmu pembacaannya, berusahalah untuk belajar..sebelum mata semakin rabun, telinga semakin kurang pendengaran dan tenaga semakin lemah...bimbang diusia senja nanti, apabila x mampu melakukan aktiviti lain, kita hanya termenung membuang masa mengenangkan nasib diri...

Daripada Saidina Ali r.a :
Katanya: Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ” Awaslah! Sesungguhnya akan berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar”. Aku bertanya: ” Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah?” Baginda menjawab: ” (Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya – akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus). Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya.” (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah pertunjuk ke jalan yang lurus.”
(Saidina Ali r.a)


Firman Allah Ta’ala Yang Bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.” ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Subhanallah, Wallahu’alam….

Tuesday 5 June 2012

Ubat kahak ~ Abah

As salam..

Semalam masa singgah sekejap kat rumah abah, ada dia cakap tolong belikan ubat kahak...termanggu2 saya lebih2 lagi dia kata belikan yang macam iklan kartun dalam tv tu..huhu puas dok tunggu iklan kartun yang mana satu niii..tanya jenama dia x tau laa pulok~haha

Tu dia..akhirnya iklan yang di tunggu2 pun tetiba keluar kat tv....

Oooooooooh hahahaha ini jenama tu ruponya.. MUCINEX