Monday 25 June 2012

Syarat-syarat perjanjian sewa rumah

Setelah sekian lama tinggal di rumah sendiri, kini tiba masanya untuk berpindah. Jadi rumah ini wajib di sewakan...huhu. Alhamdulillah rumah saya terletak di kawasan Ampang yang memang berdekatan dengan Bandaraya Kuala Lumpur. Kawasan hot!!!, pantang ada kosong bertalu2 orang yang datang bertanya walaupun hanya rumah pangsa. Pertama kali nak sewakan rumah pada orang lain ni, mesti minta nasihat pada kak long yg berpengalamam sebabbb dia bnyak rumah sewa..haha , menurut beliau surat perjanjian mesti dibuat, klu cakap jeee boleh lupa, bila jadi apa2 hal penyewa n pemilik bertelagah lah pulak... Jgn gaduh2 kannn...

Syarat2 Perjanjian harus tepat katanya.
1. Nilai sewaan berapa sebulan sewanya lah tuu...
2. Wang pendahuluan wajib katanya 2 + 1 + deposit api n air RM200
3. Pembayaran sewa biasanya awal bulan laaa beb ....huhu
4. Kerosakan "perlu dinyatakan, kerosakan yang tidak sengaja adalah ditanggung oleh pemilik   rumah.. klu penyewa begaduh laki bini sampai pecah paip..haha, biaq depalah p repair....
5. Berpindah ..penyewa kena maklumkan pada pemilik 2 bulan sebelum tarikh berpindah n jangan bagi sewa kat sedara mara depa tanpa pengetahuan pemilik, coz penyewa baru, perjanjian pun baru daaaaa
6. Kegagalan membayar sewa..klu 2 bulan pun masih x bayar..so pepaham sndiri lahhh OUTTTTT. tp kejamnya kan..semoga x berlaku lah macam ni...
7. Pemulangan Wang Pendahuluan...haa yang ni kena jelas 2 bulan sewa tu x payah bayar bila penyewa nak keluar, kerana dah bayar depositkan 2 bulan masa masuk (syarat yang - 2)..yang RM200 tu pulak digunakan untuk membayar tunggakan bil2 api n air atau gantirugi kerosakan, klu lebih baruuuu lahhh dipulangkan kembali kepada penyewa.
8. Pembersihan kawasan klu dah sewa rumah tu, buatlah macam rumah sendiri ...mestilah bersih tetapi klu penyewa yang jenis kotor tu nak wat camna erk!!! so kena pilih2 lah skit orang yang nak menyewa ni..
9. Menduduki semula Rumah... klu tuan rumah nak dok rumah tu balik pun kenalah kasi notis 2 bulankan, jangan lah ingat mentang2 rumah sendiri boleh suka2 hati jeee arah2 orang keluar, berbincang cari penyelesaian...

Akhirnya jangan lupa letak nama penuh, alamat surat menyurat, no. kad pengenalan, tarikh tandatangan dan yang paling penting tandatangan tu kena lengkap di tandatangani oleh penyewa dan pemilik rumah tersebut.
dapur
ruang kering, hmmmm kecil sahaja


rumah flat sahaja, tapi bila terletak di kawasan hot, memang berbaloi

No comments:

Post a Comment