Monday 12 December 2011

WUDUK hakikatnya....

Bila anak terunaku berwuduk, aq tenung wajahnya, dia menjeling..aq tersenyum hehe Semoga wuduk anak terunaku menepati fardu yg telah ditetapkan kerana...


Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya." (Hadis Riwayat Muslim(361))



Dan aq terus mengoogle lg...huhu


Dalil Al Quran:
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali ... “ - (Surah Al-Maa’idah: 6)


Fardu/Rukun wuduk ada enam: (Menurut Mazhab Shafie)

1 Niat
2 Membasuh muka
3 Membasuh kedua tangan hingga ke siku
4 Menyapu sebahagian kepala atau sebahagian rambut di dalam hadnya
5 Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali
6 Tertib

Sesunggguh setiap ibadah kita itu begitu banyak hikmahnya iaitu,


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". kerana.... Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". kerana....
Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini". kerana....
Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". kerana....
Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". kerana....
Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" kerana ........
Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". kerana........
Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"



Alhamdulillah, rasa puas bila dapat kumpulkan info yg ringan ini, semoga menjadi renungan kita bersama...


Ada orang tahu, dan dia tahu bahwa ia tahu, Ada orang tahu, dan dia tidak tahu bahwa ia tahu,  Ada orang tidak tahu, dan dia tahu bahwa ia tidak tahu, Ada orang tidak tahu, dan tidak tahu bahwa ia tidak tahu..

No comments:

Post a Comment