Wednesday 4 June 2014

Al Fatihah buat aruah abah Hj Mahmood Bin Amin

Assalammualaikum...

Jam 4:01am, mata bundar ini masih membulat walaupun pandangan semakin kabur (faktor usia ya..hehe). Baru kini berpeluang mengupdatekan blog yang begitu lama menyepi, senyapppp...shyyyyyy


Kenangan bersama aruah abah, kata2 manis penuh nasihat sentiasa tergiang2 di cuping ini. Al fatihah buat aruah abah, Hj Mahmood Bin Amin yang telah kembali ke rahmahtullah pada hari Selasa, 23 march 2014 pada usianya 76 tahun. Ya Allah SWT tenangkanlah aruah abah di sana, ringankanlah bebannya..tempatkan lah ia bersama2 mereka yang telah engkau muliakan..Aamiin

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un (انا لله وانا اليه راجعون) adalah potongan dari ayat Al-Quran, dari Surah Al-Baqarah, ayat 156. Isi penuh ayat tersebut adalah:
الذين اذا اصابتهم مصيبة قالوا انا لله وانا اليه راجعون
"(Yaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali."
Hanya titipan doa buat aruah abah ...sesungguhnya kita di dunia ini hanyalah sementara, esok,,lusa pasti akan tiba giliran kita besama mereka...


Sunday 8 July 2012

Apabila di sayangi...

Bagai sirih pulang ke gagang, begitulah saya...kembali kepada suami tercinta selepas hampir 18 bulan menjalani hubungan jarak jauh...dari KL ke Alor Setar. Anak2 kembali bersatu, sungguh ceria mereka...huhu n suami jugaaaaa..haha

Tarikh 28 Jun 2012,terpahat di ingatan sebagai tarikh keramat, saya telah menamatkan perkhidmatan di Tenaga Setiavesta Sdn Bhd. Rindu dengan kawan2 sekerja yang dah bagaikan saudara sendiri, makan bersama n berkongsi cerita suka dan duka....masih teringat tangisan Fifa, Linda n K.habsah sewaktu besalam memohon kemaafan....Hasrin, Juhisam dan Abu juga berkata, x ada k.hajar bagai kurang sesuatu dalam ofis ni...hehe,begitu jua Awis yang menghubungi saya, mengucapkan selamat tinggal..saya sayangkan kamu semuaa..muahhhhh


Mak n abah, adik beradik juga, bagai berat hati nak lepaskan saya berangkat ke Alor Setar, almaklum lahh,kami sekeluarga sangat rapat!!! rindu nak berkumpul n makan2 di hujung minggu kat rumah mak....tapi apakan daya, tanggungjawab disini lagi besar..huhu.

Pada Mak n abah, doa kalian adalah kekuatan untuk saya....pada k.long, Shaida, Wahid, Saniah n Padil juga anak2 saudara tersayang...aja/achik pasti rindukan kamu semua...tungguuuuuu aja/achik balik KL, kita horeee, horeeee....

Pada Mak Nab @Taska Merbau, terima kasih banyak2 juga, sekian lama membantu saya mengasuh anak2 sepanjang masa saya bekerja dari Wardina, Waldan, Wadi Amir dan yang akhirnya Wafi Aiman. Walaupun dibayarkan..hehe, terima kasih menjaga mereka semua baik2 sehingga hampir 7 tahun di sana.

Rasa berbaloi, bahagia dan amat puas hati, apabila di sayangi...bila nak berpisah, bila rasa kehilangan itulah maknanya kita disayang...huhu

Saya di sini (Alor Setar) membulat hati, jiwa dan raga saya telah serahkan kepada dia yang maha esa, saya pasti allah SWT akan melindungi saya sepanjang di rantauan ini....insyaallah!!!!!
cenderahati dari Tenaga Setiavesta Sdn Bhd

dari Fifa, Fifa sayang akak..akak pun sayang Fifa juga...take care my dear!!!

TQVM Mak Nab@Taska Merbau

dari Ida n Mimi.....Taska Merbau

Monday 25 June 2012

Syarat-syarat perjanjian sewa rumah

Setelah sekian lama tinggal di rumah sendiri, kini tiba masanya untuk berpindah. Jadi rumah ini wajib di sewakan...huhu. Alhamdulillah rumah saya terletak di kawasan Ampang yang memang berdekatan dengan Bandaraya Kuala Lumpur. Kawasan hot!!!, pantang ada kosong bertalu2 orang yang datang bertanya walaupun hanya rumah pangsa. Pertama kali nak sewakan rumah pada orang lain ni, mesti minta nasihat pada kak long yg berpengalamam sebabbb dia bnyak rumah sewa..haha , menurut beliau surat perjanjian mesti dibuat, klu cakap jeee boleh lupa, bila jadi apa2 hal penyewa n pemilik bertelagah lah pulak... Jgn gaduh2 kannn...

Syarat2 Perjanjian harus tepat katanya.
1. Nilai sewaan berapa sebulan sewanya lah tuu...
2. Wang pendahuluan wajib katanya 2 + 1 + deposit api n air RM200
3. Pembayaran sewa biasanya awal bulan laaa beb ....huhu
4. Kerosakan "perlu dinyatakan, kerosakan yang tidak sengaja adalah ditanggung oleh pemilik   rumah.. klu penyewa begaduh laki bini sampai pecah paip..haha, biaq depalah p repair....
5. Berpindah ..penyewa kena maklumkan pada pemilik 2 bulan sebelum tarikh berpindah n jangan bagi sewa kat sedara mara depa tanpa pengetahuan pemilik, coz penyewa baru, perjanjian pun baru daaaaa
6. Kegagalan membayar sewa..klu 2 bulan pun masih x bayar..so pepaham sndiri lahhh OUTTTTT. tp kejamnya kan..semoga x berlaku lah macam ni...
7. Pemulangan Wang Pendahuluan...haa yang ni kena jelas 2 bulan sewa tu x payah bayar bila penyewa nak keluar, kerana dah bayar depositkan 2 bulan masa masuk (syarat yang - 2)..yang RM200 tu pulak digunakan untuk membayar tunggakan bil2 api n air atau gantirugi kerosakan, klu lebih baruuuu lahhh dipulangkan kembali kepada penyewa.
8. Pembersihan kawasan klu dah sewa rumah tu, buatlah macam rumah sendiri ...mestilah bersih tetapi klu penyewa yang jenis kotor tu nak wat camna erk!!! so kena pilih2 lah skit orang yang nak menyewa ni..
9. Menduduki semula Rumah... klu tuan rumah nak dok rumah tu balik pun kenalah kasi notis 2 bulankan, jangan lah ingat mentang2 rumah sendiri boleh suka2 hati jeee arah2 orang keluar, berbincang cari penyelesaian...

Akhirnya jangan lupa letak nama penuh, alamat surat menyurat, no. kad pengenalan, tarikh tandatangan dan yang paling penting tandatangan tu kena lengkap di tandatangani oleh penyewa dan pemilik rumah tersebut.
dapur
ruang kering, hmmmm kecil sahaja


rumah flat sahaja, tapi bila terletak di kawasan hot, memang berbaloi

Wednesday 20 June 2012

Al-Quran Al-Karim Adalah Mukjizat


Al-quran itu tidak diturunkan semata-mata untuk dibaca. Tetapi lebih dari itu. Sama-sama kita muhasabah, sejauh mana hidupnya al-Quran dalam kehidupan kita. Bukan kata nak sampaikan isi al-Quran kepada orang lain, untuk istiqamah membacanya pun terlalu berat tetapi apabila kita berterusan membacanya, insyaallah hati akan merindui untuk untuk menatap al-quran jika ada kekangan masa. Bagi mereka yang masih lagi kurang ilmu pembacaannya, berusahalah untuk belajar..sebelum mata semakin rabun, telinga semakin kurang pendengaran dan tenaga semakin lemah...bimbang diusia senja nanti, apabila x mampu melakukan aktiviti lain, kita hanya termenung membuang masa mengenangkan nasib diri...

Daripada Saidina Ali r.a :
Katanya: Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ” Awaslah! Sesungguhnya akan berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar”. Aku bertanya: ” Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah?” Baginda menjawab: ” (Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya – akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus). Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya.” (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah pertunjuk ke jalan yang lurus.”
(Saidina Ali r.a)


Firman Allah Ta’ala Yang Bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.” ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Subhanallah, Wallahu’alam….

Tuesday 5 June 2012

Ubat kahak ~ Abah

As salam..

Semalam masa singgah sekejap kat rumah abah, ada dia cakap tolong belikan ubat kahak...termanggu2 saya lebih2 lagi dia kata belikan yang macam iklan kartun dalam tv tu..huhu puas dok tunggu iklan kartun yang mana satu niii..tanya jenama dia x tau laa pulok~haha

Tu dia..akhirnya iklan yang di tunggu2 pun tetiba keluar kat tv....

Oooooooooh hahahaha ini jenama tu ruponya.. MUCINEX

Monday 28 May 2012

Jika terlupa membaca Bismillahirahmanirrahim sebelum makan..

Pernah terlupa baca Basmalah sebelum makan..hihi pasti Qarin syaitan yang mendamping manusia akan gemuk2 belaka... kalau kita terlupa bacaan nya adalah...
إذا أكل أحدكم فليذكر اسم الله فأن نسى أن يذكر أسم الله في أوله فليقل : بسم الله أوله وآخره

Maksudnya : “Sekiranya kamu ingin makan maka sebutlah nama Allah (ucapan Basmalah).Apabila terlupa untuk menyebut nama Allah pada awalnya (sebelum memulakan makan) maka bacalah : Bismillahi awwaluhu wa akhiruh.”

Dia Lebih Tahu

Dia Lebih Tahu | iluvislam.com discover the beauty of islam
Untuk misi berpindah dan menetap di Kedah.

Mengapa wajib gunakan tangan kanan sewaktu makan

Ibn Umar meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu makan dengan tangan kanan, dan apabila hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri.” (Sahih Muslim)


Sudah menjadi kebiasaan masyarakat timur untuk mendahulukan apa jua perbuatan dengan tangan kanan, baik bersalam, makan, menunjuk dan sebagainya jadi apabila kita mendengar hadis diatas bukanlah ia menjadi sesuatu yang janggal. Akan tetapi rata-rata masyarakat moden dizaman ini mula makan dengan tangan kiri, baik di majlis-majlis rasmi hinggalah ke makan di tempat-tempat ternama seperti di hotel-hotel besar.

Akan tetapi Nabi berpesan agar makan menggunakan tangan kanan dan sesiapa yang makan menggunakan tangan kiri, mereka mengikut amalan syaitan. Melihat tamadun barat yang menyuap makanan dengan tangan kiri malah itu juga diikuti oleh golongan elit bangsa kita di majlis-majlis “high level”, pasti ada hikmah mengapa Nabi melarang berbuat demikian.

Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfere kiri dan kanan, bahagian kiri badan dikawal oleh bahagian kanan otak dan sebaliknya. Kajian sains mengenai aktiviti otak menunjukkan, secara amnya lebih banyak aktiviti dibahagian kiri otak ketika seseorang itu sedang berada dalam keadaan yg positif contohnya mesra, riang gembira dan sebagainya. Sifat-sifat negatif seperti menyendiri lebih aktif diotak sebelah kanan.

Mengapa apabila kita dilanda masaalah, meluahkan perasaan ataupun bercakap samada kepada diri sendiri ataupun kepada manusia lain serba sedikit dapat mengurangkan tekanan didalam diri kita? Ini berkemungkinan disebabkan otak kiri terlibat lebih aktif dalam bahasa pertuturan, aktiviti berkomunikasi dengan tidak secara langsung membuat bahagian kiri otak aktif lantas menimbulkan perasaan positif dan mengurangkan tekanan perasaan.

Jadi jika kita kaitkan dengan aktiviti makan menggunakan tangan kanan yang mana akan mengaktifkan bahagian kiri otak, bukankah ia akan menimbulkan perasaan positif? Lebih positif semasa kita menjamu selera, lebih mudah makanan dihadamkan dan makin sihatlah tubuh badan.

Makan dengan tangan kiri mengaktifkan otak kanan yg dikaitkan dgn sifat-sifat negatif, sebab itulah makan dengan tangan kiri meniru syaitan kerana sifat syaitan itu sendiri yang penuh dengan dengki dan sombong. Lebih bahaya lagi apabila perbuatan makan dengan tangan kiri itu juga akan membuatkan manusia lebih mementingkan diri sendiri dan tidak peduli lagi pada insan-insan lain terutamanya dalam hal makan tersebut.

Masih ingat lagi ketika mula memasuki bidang perkhidmatan VIP, kami rakan-rakan sekerja diarahkan untuk menghadiri kursus etika pakaian dan pemakanan. Kami diajar cara berpakaian yang “betul” termasuklah cara menggunakan segala jenis sudu garpu pisau, etika pemakanan barat sebagai persiapan untuk meghadiri majlis-majlis rasmi, ini termasuklah dengan menyuap makanan dengan tangan kiri.

Persoalannya adalah, jika etika makan ala barat di praktikkan oleh golongan elit masyarakat kita yang rata-ratanya adalah pemimpin, maka lebih kerap otak kanan diaktifkan ketika makan yg mana ianya boleh dikaitkan dgn sikap negatif, menyendiri dan pentingkan diri sendiri, mungkinkah itu penjelasan mengapa pemimpin-pemimpin kita rata-ratanya membuat keputusan lebih untuk kepentingan diri, kroni berbanding masyarakat? Mungkinkah ini penjelasan mengapa manusia yang kaya makin bertambah kaya, berniaga dan mengambil untung berganda-ganda tanpa mengira kesan terhadap masyarakat dan persekitaran?

Apa yang saya kemukakan ini hanyalah hipotesis saya sahaja dari pembacaan, tepuk dada dan guna frontal lobe anda untuk berfikir sedalam-dalamnya. Tiada perintah Allah dan anjuran Nabi yang tiada kebaikan untuk umat manusia, hanya mereka yang melihat dengan mata hati keimanan sahaja yang dapat memahami.



Sumber: http://syurgadidunia.blogspot.com/

Thursday 24 May 2012

Malaikat Zabaniah

"Kami pula akan memanggil malaikat Zabaaniyah (untuk menyeksanya)"

Zabaniyah (Arab: الزبانية) adalah nama malaikat-malaikat yang bertugas menyiksa orang-orang di neraka dalam ajaran agama Islam. Ia digambarkan dengan sosok yang sangat garang dan sadis, tidak mengenal ampun terhadap orang yang telah masuk kedalam perut neraka. Zabaniah berjumlah 19 malaikat sebagaimana jumlah huruf Basmalah dan Zabaniyah dipimpin oleh Malaikat Malik. 

Gambaran malaikat zabaniah...

Penglihatan para malaikat itu bagaikan kilat yang menyambar, gigi mereka bagaikan tanduk kerbau, sedangkan bibir-bibir mereka menjulur sampai ketelapak kaki, semburan api keluar dari mulut-mulut mereka, dan jarak antara kedua bahunya adalah sekitar perjalanan satu tahun. Dikatakan pula bahwa, Allah tidak menjadikan dalam hati mereka rasa belas kasihan dan lemah lembut sebesar semut kecilpun, maknanya x ada rasa belas ikhsan lansung pada mereka yang merayu2. Salah seorang dari mereka ada yang menyelam dalam lautan api neraka selama 70 tahun tetapi api neraka itu tidak membahayakan atas dirinya, kerana sesungguhnya cahaya itu dapat mengalahkan api neraka.

Peringatan untuk kita supaya mengelak daripada bertemu malaikat zabaniah ini di akhirat kelak... amalkan membaca Bismillahirrahmanirrahim untuk setiap pekerjaan yang hendak dilakukan..hmmm kecuali masuk tandas K!!

Rasulullah Saw bersabda: Siapa yang ingin supaya Allah selamatkan dia dari penanganan Malaikat Zabaniyah yang berjumlah 19 orang (Malaikat penjaga Neraka), maka hendaklah membaca Bismillahirrahmanirrahim, nescaya Allah buatkan untuknya, dari setiap satu huruf itu sebuah Syurga.

Biarlah kita menangis didunia ini kerana keinsafan atas kesilapan yang telah kita lakukan daripada kita menangis didepan malaikat zabaniah nanti (dah x ada gunanya lagi..huhu)
Semoga kita dapat mengelak dari brjumpa malaikat Zabaniah dan Malik..walaupun mereka malaikat Allah yang taat dan wajib kita sayangi ......tetapi, sayang dari jauh sudahlah..baik kita niatkan dihati dengan matlamat untuk berjumpa malaikat Rizduan ..

QARIN, pendamping setiap manusia

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’ manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.



Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Firman Allah:
“Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)

Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)

Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata:
“Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda s.a.w: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim)

Di dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.”(Hadith Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.


Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu.

Sumber: http://www.syahirul.com/