Sunday 15 April 2012

Solat yang kusyuk


As salam...

Masih lagi nak menulis mengenai solat, satu tugasan yang mudah bagi mereka yang tidak meringankannya tetapi begitu sukar bagi mereka yang memberatkannya. Apakah kita tahu bahawa solat yang kita lakukan seharian itu adakah mencapai tahap solat yang seharusnya. iaitu penuh kusyuk dan tawadduk. Subhanallah, masih teringat zaman muda dulu...bagaimana dengan solatku??? sehingga kini masih belum tercatat keputusannya.. adakah gred A, B, C ataupun D. Mungkin juga perkara yang membatalkan solat berlaku tanpa SC sedari, namun diteruskan juga....maka haram jadinya sedangkan hukum solat itu adalah wajib....huhu

Bagaimana hendak mendapat solat yang kusyuk???? kalau mengikut nasihat ustaz, cuba fahami maksud untuk setiap bacaan di dalam solat, baca dimulut kemudian diertikan di dalam hati. Dulu ada seorang kawan, katanya bila bersolat..setiap bacaan solatnya akan dibaca dengan pantas, alasannya dia tak mahu fikirannya melayang layang. hmmm betul juga..kekadang SC tak nafikan, lebih2 lagi kaum wanita..hehe, lepas solat ni nak buat kuih!!! bahan apa yang ada, bahan apa yang nak kena beli...kuih tu nanti warna kuning ke, hijau ke..atau x ada warna..ekeke
Tetapi.... adakalanya kita melihat orang solat sebegini, bagaikan ayam makan padi, belum sempat menempel di tempat sujud, telah bangkit kembali dan tergopoh gapah. Adakah mereka itu khusyuk....??? Wallahualam...

SC pernah tengoh siaran rakaman dan kekadang siaran lansung solat Jumaat/Hari Raya dari Masjidil Haram, Mekah. Oh! bacaannya biasa saje akan tetapi untuk bacaan doanya, diiringi dengan tangisan sang imam, memohon dan amat mengharap dari yang maha berkuasa agar setiap doanya dimakbulkan. Kalau dah imam Masjidil Haram, pasti yang terpilih dan yang terbaikkan.

Pernah suatu ketika dahulu terdapat dalam sebuah majalah di Indonesia, ditulis oleh Ulama terkenal Indonesia, Prof. Hamka...seorang hamba allah bertanya kepada beliau, bagaimana untuk mendapatkan solat yang khusyuk, jawapannya " AKU SENDIRI SEDANG MENCARI KAEDAH UNTUK MENCAPAI SOLAT YANG KUSYUK" . Namun ulama2 terdahulu ada menurunkan petua berdasarkan Al-Quran, surah Al-Qiamat.

Ayat 16: "Jangan tergesa-gesa mengkumat-kamitkan bibirmu lantaran ingin cepat menguasai bacaannya"

Ayat 17: "Kami akan simpan dalam ingatanmu, dan kami akan tetapkan bacaannya dari mulutmu"

Ay at 18: "Setelah selesai kami bacakan, barulah kami membacanya"

Berdasarkan ayat2 di atas, kesimpulan untuk mendapatkan solat yang kusyuk..

1. YAKIN - 100% bahawa Allah tidak jauh dari urat lehermu
2. SABAR - Mengerjakan solat dengan tidak tergopoh gapah
3. REDHA - Mengerjakan solat dengan penuh penyerahan kepada Allah
4. IKLAS - Mengerjakan solat dengan penuh kesedaran tanpa paksaan
5. IMAN - Segala ketentuan iaitu qada dan qadar datang dari Allah SWT
6. ILMU - Memahami tujuan solat dan rukun solat mengikut urutan
7. AKAL - Berakal dan tidak mabuk

CARA MEMATIKAN DIRI SEBELUM MATI
Sewaktu berdiri tegak untuk mengerjakan solat, niatlah dihati bahawa solat ini adalah yang terakhir. Kita tidak akan berpeluang mendirikan solat lagi selepas ini dan tidak berpeluang menebus dosa atau kesilapan yang telah kita lakukan sebelum ini. Ini lah cara yang paling baik untuk mematikan diri didalam solat yang kusyuk.

CARA MEMBUTAKAN MATA SEBELUM BUTA
Pertama, kedua biji mata hendaklah dipejamkan. Pandanglah ke atas, kemudian kedua kelopak mata setengah tertutup. Satukan pandangan ke tengah2 batang hidunh.  (Adoyai...terjuling2 mata, masa praktis...hehe)

CARA MEMEKAKKAN TELINGA
Sewaktu membaca ayat atau surah, hendaklah hati dulu yang membacanya, seolah2 mulut mengikut hati membacanya. Pendengaran zahir jangan dihiraukan tetapi pendengaran batin seperti suara hati yang membacanya.

CARA WALA'ALIMUN.
Cara yang paling mudah iaitu dengan cara menyedari hakikat diri kita seorang hamba yang dhaif dan tidak mempunyai ilmu yang dapat mengatasi kudrat Allah SWT.

Alhamdulillah rasanya, apa yang nak diluahkan tercapai, marilah bersama kita berkongsi2  maklumat dan yang penting kita manafaatkan . Insyaallah akan lakukan perkara yang lebih baik dari semalam atau dari yang terdahulu. Hidup ini pelbagai cabaran, x setiap masa kita tersenyum dan x selama-lamanya kita berduka.



No comments:

Post a Comment