Friday 13 April 2012

15 belas seksa meninggalkan solat




*Jom muhasabah diri..
*Jom bersolat n pastikan kita memperelokkan solat kita..
*Jom qada solat2 yang kita telah abaikan selama ini, sementara masih bernyawa dan         sementara pintu taubat masih terbuka...

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Barangsiapa yang memudahkan dan mensia-sia akan sembahyang lima waktu, nescaya akan diseksa oleh Allah SWT dengan lima belas siksa. Enam didalam dunia, tiga ketika hendak mati, tiga didalam kubur, dan tiga lagi semasa waktu bangun dari kubur menuju akhirat”


1. Enam siksaan semasa di dunia
  • Umur tidak diberkati, hidup panjang tetapi kosong dari amalan kebajikan
  • Rezeki tidak diberkati
  • Tipadamkan tanda mukanya dari orang-orang yang soleh
  • Tiada mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh
  • Tiap-tiap amalannya tidak diterima oleh Allah
  • Tidak diangkat doanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah
2. Tiga siksaan semasa hendak mati
  • Mati dalam keadaan sangat hina, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah
  • Dimatikan oleh Allah dalam keadaan dahaga, walaupun diberi minum dengan air laut, ia tidak dapat menghilangkan dahaganya
  • Mati dalam keadaan yang sangat lapar
3. Tiga siksaan semasa di dalam kubur
  • Allah menyempitkan kuburnya sehingga berlaga tulang rusuk kanan dengan tulang rusuk kiri
  • dibukakan salah satu pintu neraka di dalam kuburnya
  • Allah mewakilkan seorang malaikat untuk menyiksanya sehingga hari kiamat bersama seekor ular yang bernama Suju’al Akruk yang matanya dari neraka, kukunya dari besi neraka, dan panjang kukunya sehari perjalanan, dan suaranya seperti petir
4. Semasa hari kiamat
  • Turun seorang malaikat dari langit iaitu malaikat azab dengan rantai dari api neraka yang panjang tujuh puluh hasta dengan menusukkan rantai tersebut kedalam mulutnya hingga keluar rantai itu melalui duburnya dan menghela sekali dibahagian muka dan belakangnya
Sesungguhnya aku takut dengan seksaan mu ya allah. Lindungilah aku, suamiku, kedua2 ibu bapaku, ibu mertuaku, anak-anakku, saudara-maraku dan seluruh umat islam di dunia ini.
Aminnnn............


No comments:

Post a Comment