Friday 20 April 2012

Iktiar ibu bapa untuk anak semasa menghadapi peperiksaan

As salam...

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa peranan ibu bapa amat penting ketika anak-anak akan berdepan dengan suasana peperiksaan. Mungkin perkara ini dianggap remeh oleh segelintir ibu bapa. Namun, bagi mereka yang amat mengambilberat dan amat memahami situasi anak2 yang berpenat lelah berusaha mengulangkaji pelajaran. Iktiar dari ibubapa amat perlu agar anak2 dipermudahkan untuk menghadapi situasi ini.

Jom ibubapa, kita lakukan untuk anak2 kita yang sedang menghadapi peperiksaan, sebagai pendorong kepada mereka. Niatkan di dalam hati supaya Allah S.W.T mempermudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan tenang dan mudah.

gambar hiasan ajeee


1. Ambil Wudhu'
2. Menghadap Kiblat
3. Baca Syahdah 3 Kali
4. Al- Fatihah 1 Kali
5. 3 Qul 1 Kali
6. Surah Insyirah 1 Kali
7. Selawat atas Nabi 10 Kali
8. Baca Surah Yaasin 1 Kali


Untuk 2012 ini anak2 SC, abang PMR dan kakak UPSR insyaallah ibu n abah akan membantu seberapa daya yang boleh....semoga Allah S.W.T mempermudahkannya...aminnn

No comments:

Post a Comment