Monday 28 May 2012

Mengapa wajib gunakan tangan kanan sewaktu makan

Ibn Umar meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu makan dengan tangan kanan, dan apabila hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri.” (Sahih Muslim)


Sudah menjadi kebiasaan masyarakat timur untuk mendahulukan apa jua perbuatan dengan tangan kanan, baik bersalam, makan, menunjuk dan sebagainya jadi apabila kita mendengar hadis diatas bukanlah ia menjadi sesuatu yang janggal. Akan tetapi rata-rata masyarakat moden dizaman ini mula makan dengan tangan kiri, baik di majlis-majlis rasmi hinggalah ke makan di tempat-tempat ternama seperti di hotel-hotel besar.

Akan tetapi Nabi berpesan agar makan menggunakan tangan kanan dan sesiapa yang makan menggunakan tangan kiri, mereka mengikut amalan syaitan. Melihat tamadun barat yang menyuap makanan dengan tangan kiri malah itu juga diikuti oleh golongan elit bangsa kita di majlis-majlis “high level”, pasti ada hikmah mengapa Nabi melarang berbuat demikian.

Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfere kiri dan kanan, bahagian kiri badan dikawal oleh bahagian kanan otak dan sebaliknya. Kajian sains mengenai aktiviti otak menunjukkan, secara amnya lebih banyak aktiviti dibahagian kiri otak ketika seseorang itu sedang berada dalam keadaan yg positif contohnya mesra, riang gembira dan sebagainya. Sifat-sifat negatif seperti menyendiri lebih aktif diotak sebelah kanan.

Mengapa apabila kita dilanda masaalah, meluahkan perasaan ataupun bercakap samada kepada diri sendiri ataupun kepada manusia lain serba sedikit dapat mengurangkan tekanan didalam diri kita? Ini berkemungkinan disebabkan otak kiri terlibat lebih aktif dalam bahasa pertuturan, aktiviti berkomunikasi dengan tidak secara langsung membuat bahagian kiri otak aktif lantas menimbulkan perasaan positif dan mengurangkan tekanan perasaan.

Jadi jika kita kaitkan dengan aktiviti makan menggunakan tangan kanan yang mana akan mengaktifkan bahagian kiri otak, bukankah ia akan menimbulkan perasaan positif? Lebih positif semasa kita menjamu selera, lebih mudah makanan dihadamkan dan makin sihatlah tubuh badan.

Makan dengan tangan kiri mengaktifkan otak kanan yg dikaitkan dgn sifat-sifat negatif, sebab itulah makan dengan tangan kiri meniru syaitan kerana sifat syaitan itu sendiri yang penuh dengan dengki dan sombong. Lebih bahaya lagi apabila perbuatan makan dengan tangan kiri itu juga akan membuatkan manusia lebih mementingkan diri sendiri dan tidak peduli lagi pada insan-insan lain terutamanya dalam hal makan tersebut.

Masih ingat lagi ketika mula memasuki bidang perkhidmatan VIP, kami rakan-rakan sekerja diarahkan untuk menghadiri kursus etika pakaian dan pemakanan. Kami diajar cara berpakaian yang “betul” termasuklah cara menggunakan segala jenis sudu garpu pisau, etika pemakanan barat sebagai persiapan untuk meghadiri majlis-majlis rasmi, ini termasuklah dengan menyuap makanan dengan tangan kiri.

Persoalannya adalah, jika etika makan ala barat di praktikkan oleh golongan elit masyarakat kita yang rata-ratanya adalah pemimpin, maka lebih kerap otak kanan diaktifkan ketika makan yg mana ianya boleh dikaitkan dgn sikap negatif, menyendiri dan pentingkan diri sendiri, mungkinkah itu penjelasan mengapa pemimpin-pemimpin kita rata-ratanya membuat keputusan lebih untuk kepentingan diri, kroni berbanding masyarakat? Mungkinkah ini penjelasan mengapa manusia yang kaya makin bertambah kaya, berniaga dan mengambil untung berganda-ganda tanpa mengira kesan terhadap masyarakat dan persekitaran?

Apa yang saya kemukakan ini hanyalah hipotesis saya sahaja dari pembacaan, tepuk dada dan guna frontal lobe anda untuk berfikir sedalam-dalamnya. Tiada perintah Allah dan anjuran Nabi yang tiada kebaikan untuk umat manusia, hanya mereka yang melihat dengan mata hati keimanan sahaja yang dapat memahami.



Sumber: http://syurgadidunia.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment